PASTI AS-SOLEHAH MENDUDUKI TEMPAT KETIGA ACARA BOLASEPAK
Pemain Pasukan PASTI As-Solehah bergambar dengan Pengurus dan Guru mereka sebelum perlawanan.
PASTI As-Solehah yang buat julung kalinya menyertai pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Mini PASTI Kawasan Bukit Katil baru-baru ini berjaya memenangi tempat ketiga. Kejayaan merupakan suatu kejayaan yang seharusnya dibanggakan lebih-lebih lagi pemain-pemain PASTI ini tidak berpengalaman baru sahaja menjalani latihan.
Pengurus PASTI As-Solehah Tuan Haji Saleh Osman berkata kejayaan merupakan suatu titik tolak untuk PASTI ini menempa kejayaan pada apa juag pertandingan pada masa hadapan.
Sementara itu pada minggu ini semua PASTI sedang mengadakan peperiksaan pertengahan tahun. Di harapkan semua pelajar akan tekun menjawab peperiksaan demi kejayaan masa depan.
SYABAS PASTI AS-SOLEHAH
